Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arsenal tersingkir dari Liga Europa

    LONDON, 28 FEB – Dari seorang penyelamat menjadi kambing hitam dalam 10 minit terakhir yang mendebarkan, kapten Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang melalui pelbagai emosi di mana pasukan beliau disingkirkan dari Liga Europa dengan cara yang memeritkan pada perlawanan kelmarin.

    Pada malam tersebut kesemua pasukan dari Portugis iaitu Porto, Benfica dan Sporting Lisbon telah disingkirkan dan seorang pemain dari negara tersebut, Bruno Fernandes telah memacu Manchester United ke pusingan kelompok 16 terakhir, dan drama terbesar berlaku di Stadium Emirates dan Aubameyang telah menjadi tumpuan.

    Penyerang asal Gabon tersebut melakukan sepakan gunting pada minit ke-113 untuk menyamakan kedudukan 1-1 buat Arsenal ketika menentang Olympiakos dan meletakkan pasukan Inggeris tersebut di hadapan dengan agregat 2-1 dalam pusingan kedua kelompok 32.

    Tetapi Youssef El Arabi menyepak bola masuk ke gawang Arsenal pada minit ke-119, memberikan Olympiakos kelebihan gol di tempat lawan. Tetapi masih ada masa buat Arsenal untuk mengintai peluang, dan peluang tersebut muncul di hadapan penyerang berbahaya itu dalam tiga minit sebelum wisel penamat dibunyikan.

    Tapi kali ini, tuah tidak menyebelahi Aubameyang apabila sepakan beliau tersasar dari tengah, hanya sipi daripada gawang. Aubameyang kemudian melutut dan menutup muka beliau dengan tangan, “Saya rasa teruk, sangat teruk, ia boleh berlaku namun saya terlepas peluang.” katanya. – AFP

    Reaksi ketua pasukan Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang setelah gagal menyempurnakan peluang yang kemudian mengakibatkan Arsenal tersingkir dari Liga Europah pada 28 Februari 2020, di tangan Olympiakos.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda