LONDON, 17 MAC – Cabaran Chelsea untuk mendapatkan tempat dalam Liga Juara-Juara musim depan tergangguu apabila tewas 1-0 di tangan Arsenal kelmarin.
Mikel Merino menjaringkan satu-satunya gol dalam pertandingan yang mengecewakan di Emirates ketika Arsenal mendahului di tempat kedua dengan jarak 12 mata dari pendahulu, Liverpool.
Chelsea sangat merasai kekurangan Cole Palmer yang tidak diturunkan akibat kecederaan menyebabkan The Blues kekal di tangga keempat buat masa ini tetapi diekori rapat oleh lima pasukan, Manchester City di tempat kelima sehingga Aston Villa di tangga kesembilan dengan jarak jarak empat mata.
Kedua-dua pengurus, Chelsea dan Arsenal berharap untuk menjadi lebih kuat selepas rehat antarabangsa yang akan datang.
Bukayo Saka semakin hampir kembali sertai Arsenal, manakala Maresca yakin dapat mengembalikan Palmer, Nico Jackson dan Noni Madueke apabila mereka beraksi seterusnya di tempat sendiri menentang Tottenham pada 3 April.
“Kami melakukan sekadar yang cukup untuk menang perlawanan itu,” kata bos Arsenal, Mikel Arteta. “Sekarang kita mempunyai rehat antarabangsa jadi mari kita ambil peluang untuk bernafas dan membawa beberapa pemain kembali dengan harapan.”
Arsenal bergelut teruk untuk menjaringkan gol sejak kehilangan Kai Havertz akibat kecederaan penghujung musim memaksa pemain tengah Merino memainkan peranan sebagai penyerang tengah.
Pemain antarabangsa Sepanyol itu membuktikan kemenangan perlawanan dari sepakan sudut apabila dia menanduk masuk hantaran Martin Odegaard pada minit ke-20.
Penjaga gawang Chelsea, Robert Sanchez kemudiannya menafikan percubaan Merino untuk menggandakan kelebihan Arsenal dengan percubaan terbaik pada separuh masa kedua.
Tetapi permainan itu tetap berakhir dengan sedikit mengecewakan kepada penyokong Chelsea kerana persembahan yang lemah daripada gaya permainan Maresca. – AFP
