LONDON, 22 DIS – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui dia ‘agak bimbang’ dengan kecederaan yang dialami pemain sayap bintang Bukayo Saka selepas menang 5-1 ke atas Crystal Palace kelmarin.
Saka yang dipaksa keluar pada pertengahan separuh masa pertama dilihat bertongkat meninggalkan Selhurst Park selepas perlawanan yang menyaksikan The Gunners kini tiga mata di belakang Liverpool.
“Dia (Saka) merasakan sesuatu di bahagian hamstringnya,” kata Arteta.
“Dia tidak dapat meneruskan permainan. Dia perlu diperiksa, jadi saya agak bimbang tentang perkara itu.
“Amat sukar untuk memberikan prognosis sekarang. Mereka telah mengujinya di dalam tetapi sangat sukar untuk mengatakan betapa teruknya ia.”
Dia menambah: “Malangnya dengan jumlah perlawanan yang kami hadapi dengan setiap tiga hari permainan dalam jadual sebegini, ia tidak mengejutkan saya. Tetapi pasukan akan bertindak balas terhadapnya.”
Arsenal seterusnya akan bertemu Ipswich, Brentford dan Brighton. – AFP