Wednesday, February 26, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arteta belum sedia kibar bendera putih

    LONDON, 25 FEB – Mikel Arteta berkata beliau tidak akan menyerah dalam perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris dengan menyatakan “akan melakukan segala-galanya” meskipun mengakui bahawa Arsenal berdepan cabaran yang sangat sukar untuk mengejar Liverpool.

    The Gunners, akan bertandang ke Nottingham Forest pada Rabu, kini ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu yang jauh meninggalkan mereka selepas tewas kepada West Ham pada hujung minggu, sehari sebelum pasukan lawan mereka menang di Manchester City.

    Keputusan itu adalah satu kekecewaan besar bagi Arteta, yang pasukannya dilanda kecederaan sehingga menyebabkan mereka berada di tempat kedua di belakang City selama dua musim.

    Namun, pengurus Arsenal yang berani itu memberitahu sidang media pra-perlawanan hari ini bahawa beliau tidak akan menyerah dalam perebutan gelaran tersebut.

    Arteta berkata beliau akan ‘pulang ke rumah’ jika beliau tidak lagi percaya Gunners mampu mengejar Liverpool di bawah bimbingan Arne Slot.

    Reaksi Mikel Arteta semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Arsenal dan West Ham United di Stadium Emirates, London, 22 Februari. – AP

    “Secara matematikanya masih mungkin. Awda berada di sana, awda perlu bermain setiap perlawanan,” katanya.

    Tetapi Arteta mengakui betapa besarnya tugas itu kerana Arsenal sedang memburu gelaran Liga Perdana Inggeris pertama mereka sejak 2004.

    “Jika awda mahu memenangi Liga Perdana Inggeris ini dengan keadaan yang kami hadapi, awda mungkin perlu melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan orang lain dalam sejarah Liga Perdana Inggeris,” katanya.

    Beliau menambah, “Akhirnya, awda perlu menetapkan jumlah kemenangan untuk memenangi liga ini, dan kami perlu mencapai nombor tersebut jika kami ingin mempunyai sebarang peluang untuk melakukannya.” “Tetapi kami pasti akan terus mencuba.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda