Monday, May 6, 2024
26.2 C
Brunei

    -

    Arteta beri amaran tentang bahaya Chelsea

    LONDON, 23 APRIL – Mikel Arteta berkata Chelsea berhak berada di kedudukan lebih tinggi dalam carta Liga Perdana ketika dia bersedia membawa pasukan Arsenal yang memburu kejuaraan untuk perlawanan derby London hari ini.

    The Gunners kembali ke puncak liga pada hujung minggu, menewaskan Wolves 2-0 untuk memintas kedudukan juara bertahan Manchester City.

    Arsenal berkongsi 74 mata dengan pasukan di tempat kedua, Liverpool, tetapi mempunyai perbezaan gol yang lebih baik. City ketinggalan satu mata dengan kelebihan satu perlawanan.

    Chelsea kendalian Mauricio Pochettino ditewaskan oleh City dalam separuh akhir Piala FA pada Sabtu tetapi tidak tewas dalam lapan perlawanan liga, dengan empat kemenangan dicatat dalam tempoh itu.

    Arteta berkata kemenangan Sabtu lalu menentang Wolves adalah penting selepas kekalahan liga minggu lalu kepada Aston Villa dan tersingkir dari Liga Juara-Juara di tangan Bayern Munich.

    “Kami berada dalam kedudukan yang hebat dalam Liga Perdana Inggeris,” kata pengurus Sepanyol itu kepada pemberita kelmarin.

    “Kami sudah begini selama sembilan bulan, sembilan setengah bulan dan kami benar-benar mahu memberikan usaha yang sebenar dan bertekad untuk melakukan apa yang ada di tangan kami untuk cuba menjulang trofi itu dan esok kami akan berdepan lawan yang sangat sukar di hadapan kami.”

    Pochettino, bercakap pada sidang akhbarnya sendiri, berkata keputusan akan dibuat pada waktu yang lewat berhubung kecergasan penjaring terbanyak, Cole Palmer, yang telah terlepas latihan kerana sakit.

    Tetapi pengurus Argentina itu berkata pasukannya boleh menang tanpa pemain handalannya. – AFP

    Reaksi Arteta pada akhir perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris di Stadium Molineux di Wolverhampton, England pada 20 April. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...