Sunday, March 16, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arteta harap Aubameyang kekal

    LONDON, 2 OGOS – Mikel Arteta berharap Pierre-Emerick Aubameyang akan terus kekal bersama Arsenal untuk menerajui lebih banyak kejayaan bersama The Gunners selepas menjaringkan dua gol untuk menewaskan Chelsea 2-1 dalam aksi final Piala FA kelmarin.

    Ketua pasukan Arsenal, Aubameyang yang terlepas menggenggam piala tersebut sebelum menjulangnya. Ia adalah piala pertamanya sejak berpindah dari Borussia Dortmund dua tahun setengah yang lalu.

    Kemenangan tersebut telah menjamin tempat Arsenal untuk beraksi di Liga Eropah musim hadapan selepas mereka berisiko terlepas peluang untuk bermain di bola sepak Eropah buat kali pertama dalam tempoh 35 tahun setelah menduduki tangga ke-8 di Liga Perdana Inggeris.

    Tetapi dengan Aubameyang sekali lagi akan mengharungi musim tanpa beraksi di Liga Juara-Juara dan kontraknya bakal mansuh dalam masa setahun di The Emirates, pemain kebangsaan Gabon telah dikaitkan dengan perpindahan keluar dari kelab tersebut pada musim panas ini.

    “Dia memerlukan lebih banyak pengelaman untuk menggenggam trofi. Kami boleh membuatkan dia terbiasa,” Arteta yang bergurau mengenai insiden Aubameyang terlepas menggenggam trofi.

    “Dia tahu apa yang saya fikirkan mengenai dirinya, saya mahu menjadikan dia sebagai pemain tumpuan.”

    “Saya rasa dia mahu kekal, ia mengenai menyelesaikan segala urusan.”

    “Saya rasa saat seperti ini akan membantunya untuk menyedari dan memberikan dia kepercayaan bahawa kami berada di landasan yang betuk dan dia akan memainkan peranan yang penting.”

    Arteta turut memainkan peranan untuk memenangi trofi pertamanya dalam musim pertamanya sebagai ketua jurulatih selepas Chelsea memulakan perlawanan dengan aksi yang cemerlang di stadium Wembley. – AFP

    Pengurus Arsenal berharap ketua pasukan, Pierre-Emerick Aubameyang akan kekal bersama kelab dengan menandatangani perjanjian jangka panjang.- AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda