Saturday, November 23, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Artifak Ghana yang dirampas 150 tahun lalu telah dikembalikan

    GHANA, 9 FEB – Tujuh artifak diraja yang dirampas 150 tahun lalu oleh tentera penjajah British dari kerajaan Asante kuno di Ghana dan disimpan oleh sebuah muzium Amerika Syarikat (AS) telah dipulangkan dan diserahkan kepada kerajaan itu kelmarin, yang terbaharu daripada siri barangan khazanah yang dicuri dihantar pulang ke beberapa negara Afrika.

    Dirampas dari Ghana yang dijajah British pada abad ke-19 sebelum dipindahkan ke Muzium Fowler di University of California, Los Angeles, pada 1960an, artifak itu termasuk pemukul ekor gajah, kerusi hiasan yang diperbuat daripada kayu, kulit dan besi, dua kerusi emas, rantai dan dua gelang.

    “Kami berada di sini kerana orang kulit putih itu datang ke Asanteman untuk merompak dan memusnahkannya,” Otumfuo Osei Tutu, raja kerajaan Assante di bandar terbesar Kumasi di Ghana, berkata pada majlis penyampaian yang membawa kegembiraan dan kelegaan kepada kerajaan.

    Selepas beberapa dekad mendapat tentangan daripada kerajaan dan muzium Eropah dan Barat, usaha negara-negara Afrika untuk menghantar pulang artifak yang dirampas membuahkan hasil dengan peningkatan pulangan barang berharga. Namun, aktivis berkata ribuan lagi masih di luar jangkauan.

    Barang-barang diraja itu mula-mula diterima oleh kerajaan pada Isnin, yang menandakan ulang tahun ke-150 apabila tentera penjajah British merampas bandar Asante pada tahun 1874. – AP

    Barang artifak yang dikembalikan dari muzium Fowler UCLA dibawa ke Asante King Otumfuo Osei Tutu II di Istana Manhyia di Kumasi, Ghana pada 8 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda