PEKAN – Sejumlah artifak sebahagiannya dipercayai berusia lebih 1,000 tahun dijumpai di kawasan aktiviti pengorekan pasir di Sungai Pahang, di sini, baru-baru ini. Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara (JWN) Mesran Mohd Yusop berkata artifak yang ditemukan itu kebanyakannya dipercayai dari China iaitu serpihan seramik celadon Dinasti Song, serpihan seramik porselin Dinasti Ming dan duit syiling Dinasti Tang,