JEPUN – Artis Chie Suzuki mengorak langkah pertama untuk memberikan wajah baharu kepada terompah mereka. Dia mengubah kasut tradisional itu kepada seni gaya retro dan pop menggunakan motif seperti kucing, panda, bunga, ikan dan kanak-kanak perempuan. Artis terompah itu mempersembahkan kira-kira 10 karya baharu setiap tahun dan telah mencipta lebih 300 reka bentuk setakat ini.