Friday, October 25, 2024
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Artis dapat laluan khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon

    Demi keselamatan dan keselesaan penumpang, pihak Incheon International Airport Corporation bakal memulakan prosedur operasi baharu dengan membuka laluan khas buat golongan selebriti.

    Langkah tersebut diambil bagi mengawal situasi peminat berkumpul di lapangan terbang sehingga menyebabkan kekecohan dan mengganggu pengguna lain.

    “Bagi mengurangkan situasi orang berkumpul, kami mewujudkan prosedur baru di mana selebriti boleh menggunakan laluan khas keluar dan masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon,” kata kenyataan dikeluarkan.

    Prosedur tersebut bakal dikuatkuasakan bermula 28 Oktober ini.

    Langkah ini bagaimanapun bukanlah mewujudkan laluan baharu, sebaliknya golongan selebriti dibenarkan menggunakan pintu laluan juruterbang dan juga anak kapal.

    Pihak lapangan terbang juga sudah mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat pengurusan artis berhubung perkara ini bagi melancarkan pergerakan keluar dan masuk selebriti.

    Isu keselamatan tersebut mula menjadi perhatian sejak Julai lalu apabila kemunculan pelakon Byun Woo Seok di lapangan terbang tersebut menimbulkan kekecohan luar biasa.

    Apa lebih membimbangkan apabila pengawal peribadi pelakon itu turut menyalahgunakan kuasa dengan menghalang penumpang lain di pintu masuk pelepasan. – Agensi

    Peminat fanatik Byun Woo Seok berkumpul di lapangan terbang.- mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda