Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Artis Orang Asli bantu papan selaju diabadikan dalam setem

    PHOENIX – Dulu, aktiviti bermain papan selaju dianggap sebagai hobi untuk remaja yang suka memberontak atau penagih dadah di jalan-jalan bandar, halaman sekolah atau lorong-lorong belakang. Namun, persepsi tersebut kini berubah.

    Papan selaju, yang mempunyai persamaan dengan meluncur ombak bagi puak asli Hawaii, tidak lagi diketepikan oleh masyarakat. Ia telah menjadi acara sukan Olimpik pada 2020.

    Terdapat banyak pertan-dingan papan selaju amatur dan profesional dianjurkan di Amerika Syarikat (AS). Dan baru-baru ini, Perkhidmatan Pos AS menerbitkan setem yang memuji sukan itu dan apa yang kelompok asli bawa ke budaya papan selaju.

    Di’Orr Greenwood, 27, seorang artis yang dilahirkan dan dibesarkan di Navajo Nation di Arizona yang karya-nya dipaparkan pada setem baharu itu, berkata kini keadaan jauh berbeza berbanding ketika dia masih kecil, di mana dahulu ada yang diusir dari rumah kerana bermain papan selaju.

    “Sekarang ia telah diteri-ma di peringkat dunia,” kata Greenwood. “Ramai pemain papan selaju yang saya kenal dan mereka sangat berbangga dengannya.”

    Pakar papan selaju, Di’Orr Greenwood, seorang artis yang dilahirkan dan dibesarkan di Navajo Nation di Arizona dan yang karyanya dipaparkan pada setem AS baharu, menunggang papan selajunya di sebelah karya seninya di kawasan kejiranan Pantai Venice di Los Angeles. – AP

    Agensi perkhidmatan pos telah melancarkan setem Seni Papan Selaju di taman luncur Phoenix ketika pertandingan papan selaju akan diadakan tidak lama lagi.

    Setem itu menampilkan artis papan selaju dari seluruh negara, termasuk Greenwood dan Crystal Worl, iaitu Tlingit Athabascan. William James Taylor Jr., seorang artis dari Virginia, dan Federico MasPaz Frum, seorang pelukis dinding kelahiran Colombia di Washington, D.C., melengkapkan barisan artis yang diketengahkan. Semua orang kecuali Taylor hadir.

    “Lama-kelamaan papan selaju sendiri telah menjadi karya seni yang menonjolkan kreativiti, keberanian dan tenaga artis,” kata William Zollars, dari Lembaga Gabenor USPS, kepada penonton pegawai dan penyokong bandar. “Sebagai institusi Amerika yang lebih tua daripada negara itu sendiri, Perkhidmatan Pos sentiasa mencari cara untuk menyerlahkan dan menghormati cerita dan sejarah yang unik kepada AS.”

    Setem tersebut menggariskan kelaziman sukan papan selaju, terutamanya di negeri yang ramai penduduk asli di mana permintaan untuk taman luncur semakin meningkat.

    Para artis melihat setem itu sebagai kanvas kecil, sebuah karya seni berfungsi yang akan dilihat di seluruh AS dan di luar negara. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda