Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Artis seni keseimbangan Gaza, tunjuk kemahiran hebat

    BEIT HANOUN – Apabila Mohammed Al-Shenbari melihat objek baharu, dia dengan cepat akan cuba mencari ‘titik pengimbangan’ dan membuatkan objek itu berdiri dengan cara yang seakan-akan menentang ‘peraturan’ graviti.

    Artis seni dari Palestin yang berusia 24 tahun ini dan mempelajari sendiri seni itu berkata bahawa dia dapat mengimbangi hampir apa sahaja bentuk objek, menggunakan apa sahaja yang dipanggilnya gabungan minda dan juga badan. Ini menjadikannya seorang penghibur yang terkenal dan sering ikut serta dalam memberikan rangsangan psikologi yang mencengkam Gaza di mana kebanyakan penduduk hidup dalam kemiskinan.

    Di dalaman rumahnya di utara Gaza, Al-Shenbari berdiri di sebuah kerusi di satu sudut, meletakkan dua tong gas dan mengimbangi sebuah televisyen di atas botol minuman Coke. “Anda perlu tahu di mana titik tumpuan objek tersebut dan anda akan dapat mengimbangnya,” katanya kepada media.

    Seorang jurulatih kecergasan dan bina badan, Al-Shenbari berkata bahawa gaya hidup yang sihat membantu dirinya secara perlahan-lahan membangunkan ‘Tumpuan yang besar’ yang diperlukan bagi menyeimbangkan objek. “Semasa melakukannya, saya dapat merasakan sesuatu yang tidak dapat dijelaskan, seperti magnet yang mengeluarkan tenaga dari saya ke arah objek tersebut,” katanya selepas menyusun empat tin kekacang dalam satu bingkai yang tergantung di atas pokok.

    Setahun yang lalu, Al-Shenbari telah menyaksikan video YouTube oleh artis keseimbangan Korea, Nam Seok Byun dan terpesona dengan cara artis seni itu menyusun setiap lapisan batu yang disokong dengan baik oleh batu bulat.

    Dia cuba mencontohi artis seni itu dan menghabiskan masa dengan melakukan percubaan ke atas apa sahaja objek malah dia turut menghabiskan masa satu hari dalam menghasilkan objek kesimbangan itu di mana kini seakan-akan kelihatan seperti arca. Sekarang, ia hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Gaza tersepit antara Israel dan Mesir, di bawah sekatan selama 12 tahun sejak kumpulan pemisah Hamas mengambil kuasa.

    Selepas bertahun-tahun hidup di bawah sekatan dan tiga perang dahsyat antara Israel dan Hamas, Al-Shenbari seperti kebanyakan penduduk Gaza, mahu meninggalkan wilayah itu bagi mencari peluang yang lebih baik. Impiannya adalah untuk bersaing dalam rancangan realiti TV dan perjalanan menuju ke Asia, di mana dia berkata kebanyakan seni keseimbangan sering diamalkan, bagi meningkatkan kemahirannya. “Saya mahu mengimbangi objek yang lebih besar seperti mesin basuh atau peti sejuk,” katanya kepada media. – AP

    Artis seni dari Palestin yang berusia 24 tahun ini dan mempelajari sendiri seni itu berkata bahawa dia dapat mengimbangi hampir apa sahaja bentuk objek. – AP
    Kepakarannya ini menjadikannya seorang penghibur yang terkenal dan sering ikut serta dalam memberikan rangsangan psikologi yang mencengkam Gaza di mana kebanyakan penduduk hidup dalam kemiskinan. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda