Sunday, September 8, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Artis senior cemburukan Aisha Retno?

    Di sebalik pencapaian membanggakan diraih dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38, ada yang menyimpan perasaan cemburu atas kejayaan penyanyi berdarah kacukan Malaysia-Indonesia ini.

    Sebagai bintang yang baru bersinar, Aisha Retno, 23, tidak menyangka ada manusia berhati ‘hitam’.

    Lebih mengecewakan, manusia menaruh perasaan cemburu adalah penyanyi senior yang pernah dikagumi.

    Penyanyi lagu Sutera itu berkata, dia terkilan apabila wujud rakan selebriti yang kurang menyenangi pencapaiannya. “Saya mahu tonjolkan bakat nyanyian, tetapi tak sangka ada yang tidak berpuas hati.

    “Saya sangka hanya warganet kurang menyenangi, tapi ada juga individu dalam industri muzik simpan hasad dengki dengan saya,” katanya kepada BH Online.

    Aisha terkilan wujud rakan selebriti yang kurang menyenangi pencapaiannya. – Kopiplanet

    Aisha atau nama sebenarnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam berkata, apa yang berlaku mengganggu fikirannya, lebih lagi, ketika bertarung dalam program realiti, The Hardest Singing Show yang baru melabuhkan tirai, minggu lalu.

    Katanya, dia tidak berani mengatakan ada cubaan menjatuhkannya, tetapi ada artis yang mula menjauhkan diri.

    “Apabila timbulnya perkara seumpama ini, fokus saya terganggu. Saya tak suka drama seperti ini.

    “Sifat dengki ditunjukkan sesetengah individu membuatkan saya rasa terkilan kerana ia datang daripada individu yang pernah menjadi idola.

    “Saya sedar tidak semua orang baik. Saya sedih industri muzik kecil sahaja, tapi tak sangka ada yang menyimpan cemburu,” katanya.

    Tambah Aisha, dia bukanlah individu suka mempamerkan kelemahan diri.

    “Sebagai artis, saya perlu bersikap profesional, tetapi saya juga manusia biasa yang ada hati perasaan.

    “Tak selamanya bahagia dan saya juga ada momen menangis, tetapi tak suka tunjuk,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda