Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Aryan Khan dan Nora Fatehi bercinta?

    Anak Datuk Shah Rukh Khan, Aryan Khan yang kini sudah mula berjinak-jinak dalam bidang pengarahan filem telah menjadi perhatian apabila dia dilaporkan menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Bollywood seksi, Nora Fatehi.

    Desas-desus mengenai hubungan cinta mereka itu timbul apabila mereka dilihat hadir di sebuah acara parti yang sama baru-baru ini. Gambar mereka sedang berparti dengan dikelilingi sekumpulan rakan-rakan yang sama juga tersebar dan menjadi tular.

    Ia juga secara tidak langsung telah mencetuskan pelbagai spekulasi bahawa kedua-dua mereka adalah pasangan selebriti terbaharu di Bollywood yang sedang bercinta ketika ini.

    Bahkan, peminat juga menganggap bahawa pasangan selebriti ini cukup sepadan kerana Aryan adalah jejaka yang dianugerahkan wajah yang kacak dan tampan, manakala Nora Fatehi pula, selain daripada seksi, turut dianggap sebagai wanita yang hot dan jelita.

    Namun, beberapa teman rapat kepada Aryan dan Nora nampaknya tidak begitu menyenangi spekulasi yang dicetuskan warganet itu.

    Kata mereka, hanya kerana Aryan dan Nora dilihat berada di acara parti yang sama serta mempunyai kelompok rakan-rakan yang sama, tidak bermakna mereka bercinta.

    “Mereka terlibat dalam industri Bollywood, jadi pastilah mereka akan turut diundang dalam beberapa majlis yang sama. Tiada yang pelik tentang perkara itu apabila melihat mereka hadir di parti yang sama,” jelas mereka lagi.

    Mereka turut memberitahu bahawa Aryan dan Nora datang berasingan. Aryan juga ditemani beberapa rakan lain sewaktu hadir di parti tersebut.

    Nampaknya, terlalu awal untuk membuat sebarang konklusi tentang hubungan mereka.

    Tapi, siapa tahu, dalam diam-diam mereka sebenarnya bercinta. – Agensi

    Aryan (kiri) dilaporkan menjalinkan hubungan cinta dengan Nora Fatehi. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...