Friday, January 10, 2025
30 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS akan terus lindungi lebih 2,000 beruang grizzly

    BILLINGS, 9 JAN – Pentadbiran Biden berkata kelmarin bahawa ia akan terus melindungi kira-kira 2,000 beruang grizzly di Pergunungan Rocky walaupun mendapat tentangan daripada negeri-negeri yang dikendalikan oleh parti Republikan.

    Pegawai persekutuan juga berkata mereka akan melonggarkan beberapa sekatan kerana konflik antara beruang dan manusia semakin meningkat.

    Penternak yang beroperasi di luar zon pemulihan grizzly yang ditetapkan akan dibenarkan untuk menembak pemangsa tersebut jika mereka menyerang ternakan atau anjing. Dan pegawai negeri mungkin diberi kuasa untuk menangkap dan memindahkan beruang bagi mengelakkan konflik yang berpotensi.

    Perlindungan akan ditarik di negeri-negeri di mana beruang grizzly sudah tidak lagi ditemui, termasuk California, Colorado, New Mexico dan Oregon.

    Perubahan yang diumumkan kelmarin ini mungkin akan dikaji semula di bawah pentadbiran Presiden Terpilih Donald Trump yang akan datang. – AP

    Seekor beruang grizzly berjalan melalui Taman Negara Yellowstone berhampiran Mammoth pada 4 Mei 2009. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda