MANILA, 6 Ogos – Setiausaha Negara AS Rex Tillerson cuba membina tekanan ke atas Korea Utara selepas memperoleh pusingan baru sekatan PBB ketika dia melancarkan diplomasi peringkat tertinggi selama dua hari hari ini.
Tillerson berada di Manila bagi mesyuarat gabungan serantau 10 negara ASEAN, tetapi semua perhatian akan menumpu kepada rundingan seorang ke seorang dengan rakan sejawatannya dari saingan kuasa besar Washington, Rusia dan China.
Dia juga akan buat pertama kali berada di bilik sama dengan Menteri Luar Korea Utara Ri Hong-Yo yang menentang usaha AS untuk menyisihkan Pyongyang untuk menghadiri forum serantau ASEAN.
Sebelum rundingan hari ini, Tillerson telah menziarahi Tanah Perkuburan Amerika Manila dan Memorial untuk memberi penghormatan kepada lebih 17,000 tentera AS da Filipina yang terkorban dalam pertempuran sebagai sekutu-sekutu ketika Perang Dunia II.
Selepas itu dia dan penolong-penolong kananya akan berunding terlebih dahulu dengan menteri hal ehwal luar bagi kerajaan Myanmar, Kyaw Tin, kemudian dengan Menteri Luar Korea Selatan Kang Kyung-Wha.

Tillerson memberitahu para pemberita dia dan Kang akan membincangkan langkah seterusnya berhubung Korea Utara. Dia memberi butiran lanjut, tetapi berkata pengundian sekatan memperlihatkan ‘hasil yang baik.’
Kan mencelah “Ia adalah hasil yang sangat-sangat baik.”
Tillerson kemudian dijangka akan menemui Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov dan Wang Yi dari China – kedua-duanya pihak berperanan utama dalam pertikaian berhubung nuklear Korea Utara.
Jabatan Negara sebelum ini menolak mengadakan sebarang rundingan langsung dengan utusan Korea Utara Ri ketika Tillerson berada di Manila.
Beberapa jam sebelum rundingan itu dijangka bermula, Majlis Keselamatan PBB mengundi sebulat suara untuk menyokong resolusi yang didraf AS untuk secara dramatik mengetatkan sekatan sedia ada yang mensasarkan Korea Utara. – AFP