Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    AS, Australia jemput Jepun sertai kerjasama penggiliran

    WASHINGTON, 7 DIS – Amerika Syarikat (AS) dan Australia semalam mengalu-alukan Jepun meningkatkan kerjasama penggiliran pertahanan tiga hala, mengukuhkan kesepakatan bagi menghadapi kemajuan pesat tentera China.

    Menteri Pertahanan dan Menteri Luar Australia berkata, kedua-dua negara bersetuju untuk meningkatkan tahap interaksi ketenteraan dengan AS ketika mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya di Washington, dan kemudian disusuli perbincangan di Tokyo.

    “Daripada sudut pandangan menyediakan keseimbangan wilayah, ia sangat penting untuk kami melakukannya dan membabitkan penyertaan negara serantau lain dan kami berharap dapat mengadakan lebih banyak kerjasama dengan Jepun.

    “Kami boleh ke Jepun hujung minggu ini dan mengajak negara itu untuk lebih banyak menyertai latihan ketenteraan bersama Australia dan AS,” kata Menteri Pertahanan Australia, Richard Marles, pada satu sidang media.

    Sementara itu, Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin, berkata sekutunya itu akan mengajak penyertaan Jepun dalam operasi bersama di Australia, di mana AS sudah melaksanakan penggiliran pasukan marin sejak 2011 melalui Darwin, bandar utara strategik yang diserang oleh empayar Jepun ketika Perang Dunia Kedua.

    Austin berkata AS dan Australia sudah bersetuju untuk meningkatkan penggiliran pasukan pengebom, jet pejuang dan Tentera Darat serta Tentera Laut AS. – AFP

    Menteri Pertahanan Australia, Richard Marles; Menteri Luar Australia Penny Wong dan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken dan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin semasa siding medua di Washington pada 6 Disember. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...