Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS bakal kurangkan gula dalam sajian sekolah

    WASHINGTON, 5 FEB – Pegawai pertanian Amerika Syarikat (AS) mencadangkan standard pemakanan baharu untuk sajian di sekolah, termasuk mengehadkan penggunaan gula, dengan tumpuan diberikan pada makanan seperti bijirin manis, yogurt, susu berperisa dan pastri sarapan.

    Saranan yang diumumkan oleh Setiausaha Pertanian, Tom Vilsack juga berusaha mengurangkan sodium dalam makanan yang disajikan kepada budak sekolah di seluruh negara menjelang 2029, sementara menjadikan peraturan untuk makanan yang dibuat daripada bijirin lebih fleksibel.

    Ia bermatlamat mempertingkat pemakanan sejajar dengan garis panduan diet AS dalam program yang menghidangkan sarapan kepada lebih 15 juta kanak-kanak dan sajian tengah hari kepada hampir 30 juta kanak-kanak setiap hari, kata Vilsack.

    “Sajian di sekolah sepatutnya berupa makanan dengan nilai zat pemakanan tertinggi mana-mana hidangan yang boleh dinikmati kanak-kanak di luar rumah,” kata Vilsack dalam temu bual.

    Had pertama ke atas gula diwajibkan dalam tahun persekolahan 2025-2026, bermula dengan makanan tinggi gula seperti bijirin manis, yogurt dan susu berperisa.

    Menjelang 2027, gula yang ditambah dalam sajian sekolah akan dihadkan kepada kurang 10 peratus daripada jumlah kalori seminggu untuk sarapan dan makan tengah hari.

    Cadangan itu juga akan mengurangkan sodium dalam sajian sekolah sebanyak 30 peratus pada musim luruh 2029. Ia akan dikurangkan secara beransur-ansur sejajar dengan garis panduan persekutuan.

    Pakar kesihatan berkata mengurangkan gula dan garam boleh membantu mengurangkan risiko penyakit dalam kanak-kanak, termasuk obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi dan masalah lain yang sering berlarutan sehingga dewasa. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda