Saturday, April 19, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS bakal meterai perjanjian perdagangan dengan China

    WASHINGTON, 18 APRIL- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata beliau percaya perjanjian perdagangan dengan China mungkin dimuktamadkan dalam tempoh tiga hingga empat minggu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

    “Saya rasa dalam tiga atau empat minggu akan datang, mungkin keseluruhan perjanjian dapat dimeterai,” kata Trump kepada pemberita di White House kelmarin ketika ditanya mengenai tempoh yang diperlukan untuk menandatangani perjanjian dengan China.

    Pada 2 April lalu, Presiden Trump menandatangani perintah eksekutif untuk melaksanakan tarif balas terhadap import dari pelbagai negara. Kadar asas tarif ditetapkan pada 10 peratus, dengan kadar lebih tinggi dikenakan terhadap 57 negara berdasarkan defisit dagangan AS dengan setiap negara tersebut. Pada 9 April, Trump mengumumkan tarif asas 10 peratus akan dikenakan selama 90 hari ke atas lebih 75 negara yang tidak bertindak balas dan memohon rundingan, kecuali China. – Bernama/Sputnik/Ria Novosti

    Donald Trump bercakap dalam satu pertemuan di Pejabat Oval White House, Washington kelmarin. AS bakal meterai perjanjian perdagangan dengan China.  – Gambar gail AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda