Friday, December 27, 2024
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS bawa pulang kakitangan, rakyat dari Wuhan

    WASHINGTON, 30 JAN – Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) hari ini, mengumumkan telah membawa pulang rakyat dan kakitangan termasuk diplomat AS yang berada di Wuhan, China, lapor agensi berita Anadolu.

    Jurucakap Jabatan Negara, Morgan Ortagus dalam satu kenyataan hari ini berkata pesawat yang membawa mereka tiba di California dan penumpang diberikan pemeriksaan kesihatan sebaik mendarat.

    Beliau turut mengingatkan sekali lagi kepada rakyat Amerika untuk tidak mengunjungi China kecuali jika perlu.

    Pentadbiran AS turut menubuhkan sebuah pasukan petugas selaras dengan Strategi Biopertahanan Negara yang dimeterai Presiden Donald Trump pada 2018.

    Trump berkata beliau ‘telah diberi taklimat mengenai koronavirus di China oleh semua agensi kami yang bekerjasama rapat dengan China’.

    Beliau berkata agensi berkenaan akan terus memantau keadaan.

    Virus maut itu telah meragut sekurang-kurangnya 132 nyawa di China dengan hampir 6,000 dijangkiti. Lebih 60,000 orang berada di bawah pemantauan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda