Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS ‘bekerja keras’ kawal situasi di Timur Tengah

    BAITULMAQDIS, 6 OGOS – Amerika Syarikat (AS) berkata bahawa ia sedang berusaha ‘sepanjang masa’ untuk mengelak perang habis-habisan di Timur Tengah, sementara Israel tetap berada dalam keadaan berjaga-jaga hari ini bagi menghadapi kemungkinan serangan balas Iran terhadap dua pembunuhan berprofil tinggi.

    Presiden AS, Joe Biden, yang telah menghantar kapal perang dan jet pejuang tambahan ke rantau itu untuk menyokong Israel, telah mengadakan rundingan krisis kelmarin dengan pasukan keselamatan negaranya.

    Biden dan diplomat tertingginya, Antony Blinken berusaha meredakan ketegangan yang memuncak sejak serangan yang disyaki dilakukan oleh Israel di Tehran pada Rabu lalu yang membunuh Ismail Haniyeh, pemimpin politik kumpulan pejuang Palestin, Hamas.

    Biden menghubungi Raja Abdullah II dari Jordan, yang membantu menembak jatuh dron dan peluru berpandu Iran dalam serangan ke atas Israel pada April, manakala Blinken menghubungi pegawai tertinggi di Qatar dan Mesir, yang merupakan pengantara utama dan meminta gencatan senjata dalam perang Israel-Hamas selama 10 bulan di Gaza.

    “Kami terlibat dalam diplomasi yang mendalam, hampir sepanjang masa, dengan mesej yang ringkas – semua pihak mesti menahan diri daripada peningkatan ketegangan,” kata Blinken selepas menghadiri mesyuarat di Rumah Putih bersama pegawai atasan lain. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda