Friday, May 9, 2025
31.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS berdepan risiko kemelesetan

    WASHINGTON, 12 SEPT – Amerika Syarikat (AS) berdepan ‘risiko’ kemelesetan ketika usahanya memerangi inflasi mungkin memperlahankan ekonomi negara, namun kemelesetan serius masih boleh dielakkan, kata Setiausaha Perbandaharaan Janet Yellen semalam.

    Kemelesetan AS ‘merupakan satu risiko apabila Persekutuan memperketat dasar mata wang untuk mengatasi inflasi,” beritahu ketua Presiden Joe Biden mengenai dasar kewangan, ekonomi dan percukaian kepada CNN, merujuk kepada Simpanan Persekutuan AS.

    “Maka ia pastinya satu risiko yang kami pantau sekarang,” tambah Yellen, tetapi ‘kami mempunyai pasaran pekerja yang amat kukuh, dan saya percaya kami mungkin dapat mengekalkannya.’

    Berdepan inflasi meningkat – ia mencecah tahap tertinggi dalam 40 tahun pada Jun pada 9.1 peratus, sebelum merosot pada Julai – bank pusat sedang beransur-ansur menambah kadar faedahnya demi mengurangkan tekanan ke atas harga pengguna, sementara berharap tindakan tersebut tidak menjejas ekonomi terbesar dunia.– AFP

    Gambar fail menunjukkan Janet Yellen bercakap mengenai ekonomi AS semasa sidang media di Jabatan Perbendaharaan di Washington, DC. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda