Friday, March 24, 2023
28 C
Brunei

-

AS beri amaran pil palsu dijual di Mexico

MEXICO CITY, 19 MAC – Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) telah mengeluarkan amaran perjalanan khususnya Mexico mengenai pil tiruan berbahaya yang dijual di farmasi di negara tersebut yang sering mengandungi fentanyl.

Amaran yang disiarkan pada Jumaat mengatakan rakyat AS harus berhati-hati apabila membeli ubat-ubatan di Mexico.

Jabatan Negara AS memberi amaran pil tersebut selalunya tiruan dan mungkin mengandungi dos fentanyl yang boleh membawa maut.

Kajian yang diketuai oleh penyelidik di Universiti California, Los Angeles (UCLA) mendapati bahawa 68 peratus daripada 40 farmasi Mexico yang dikunjungi di empat bandar Mexico utara menjual Oxycodone, Xanax atau Adderall, dan 27 peratus daripada farmasi tersebut menjual pil palsu.

UCLA berkata kajian itu, yang diterbitkan pada Januari, mendapati bahawa “farmasi kaki lima di bandar pelancongan Mexico Utara menjual pil palsu yang mengandungi fentanyl, heroin, dan methamphetamine. Pil ini dijual terutamanya kepada pelancong AS, dan selalunya mengandungi bahan terkawal seperti Oxycodone, Percocet, dan Adderall.”

Bukti anekdot menunjukkan bahawa masalah itu wujud di pusat peranginan pantai seperti Playa del Carmen dan Tulum, bukan hanya di bandar sempadan.

Jabatan Negara AS tidak menjawab permintaan untuk mengulas sama ada mana-mana rakyat AS telah terlebih dos atau meninggal dunia akibat penjualan ubat tersebut di Mexico. – AP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -