Saturday, February 8, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS bimbang impak alam sekitar di Teluk Manila

    MANILA, 2 OGOS – Pegawai-pegawai diplomatik Amerika Syarikat (AS) telah membangkitkan isu keselamatan dan alam sekitar dengan Filipina berhubung penglibatan sebuah syarikat China dalam projek penebusgunaan tanah di Teluk Manila, kata jurucakap kedutaan Amerika Syarikat hari ini.

    Anak syarikat China Communications Construction Co, yang telah disenarai-hitam oleh Washington pada tahun 2020, telah diberi kontrak untuk memulihkan 318 hektar di perairan hadapan kedutaan AS dan ibu pejabat Tentera Laut Filipina, kata Pihak Berkuasa Pemulihgunaan Filipina kepada AFP.

    Jurucakap kedutaan AS, Kanishka Gangopadhyay, berkata misi diplomatik Amerika telah menyuarakan beberapa kebimbangan dengan Filipina, termasuk ‘kesan negatif jangka panjang dan impak tidak boleh dipulihkan terhadap alam sekitar’ projek itu.

    “Kami juga bimbang projek ini mempunyai hubungan dengan China Communications Construction Co., yang telah ditambahkan ke Senarai Entiti oleh Jabatan Perdagangan AS atas peranannya membantu tentera China membina dan menenterakan pulau-pulau buatan di Laut China Selatan,” katanya dalam satu kenyataan.

    China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan dan telah mengukuhkan pendiriannya untuk mencipta pulau-pulau buatan baharu di Kepulauan Spratly, yang agak menjejaskan sejumlah hidupan marin di sana.

    Kumpulan alam sekitar telah lama memperingatkan bahawa penebusgunaan tanah di Teluk Manila akan memburukkan lagi banjir di bandar metropolitan luas yang didiami oleh 13 juta orang itu.

    Projek bernilai 34.4 bilion peso (AS$624 juta), selama empat tahun itu merupakan usaha sama antara kerajaan Bandar Manila dan Waterfront Manila Premier Development, kata Joseph Literal, pembantu pengurus besar di pihak berkuasa pemuliharaan. – AFP

    Kapal-kapal baj dilihat di tapak penebusgunaan di Teluk Manila, Filipina pada 2 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda