NEW YORK, 26 DIS – Sejak setahun lalu, berjuta-juta pesakit AS dirawat menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk kerja klinikal yang berulang dengan harapan dapat kurangkan tekanan doktor, cepatkan rawatan dan mungkin mengesan kesilapan, lapor The Washington Post kelmarin.
“Perubatan, yang secara tradisinya merupakan profesion berasaskan bukti yang konservatif, kini menggunakan AI pada kelajuan tinggi seperti Silicon Valley,” menurut laporan itu.
“Alat AI ini digunakan secara meluas di klinik walaupun doktor masih menguji sama ada ia adalah idea yang baik, atau membuang masa bahkan berbahaya,” tambah laporan itu.
Kemudaratan AI generatif yang terkenal dengan ‘halusinasi’, menghasilkan maklumat yang salah dan selalunya sukar untuk dilihat, tetapi dalam bidang perubatan bahayanya amat ketara.
Satu kajian mendapati bahawa daripada 382 soalan perubatan ujian, ChatGPT memberikan jawapan yang ‘tidak sesuai’ pada 20 peratus.
Seorang doktor yang menggunakan AI untuk merangka komunikasi dengan pesakit boleh menyampaikan nasihat yang buruk secara tidak sengaja, menurut laporan itu.
Satu lagi kajian mendapati bahawa penggunaan bot sembang boleh menyuarakan bias doktor sendiri, seperti satu andaian bersifat perkauman di mana orang kulit hitam berupaya menahan kesakitan lebih daripada orang kulit putih.
Perisian transkripsi juga telah membukitkan bahawa ia telah mencipta perkara yang tidak pernah dikatakan oleh sesiapa, tambahnya. – Xinhua