Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    AS, Britain hantar bekalan ke India

    NEW DELHI, 26 APRIL – Amerika Syarikat (AS) dan Britain bertindak menghantar ventilator dan bahan vaksin ke India berikutan negara itu berdepan gelombang COVID-19 yang teruk.

    India bergelut mengatasi bencana itu yang menyebabkan hospital berada pada kapasiti maksimum dan rumah mayat penuh.

    Lonjakan jangkitan itu menyaksikan keluarga pesakit mengambil pendekatan media sosial meminta bekalan oksigen dan lokasi hospital hingga menyebabkan New Delhi terpaksa melanjutkan sekatan pergerakan selama seminggu.

    Negara dengan jumlah populasi 1.3 bilion penduduk itu menjadi pusat pandemik terbaharu dan meragut lebih dari tiga juta orang ketika negara-negara kaya mengambil langkah menuju normalisasi dengan mempercepat program vaksinasi.

    Penduduk, Irfan Salmani, berkata dia pergi dari hospital ke hospital di Delhi mencari alat bantuan pernafasan untuk kakaknya.

    “Saya tidak pernah melihat keadaan seteruk ini dan mencari tanpa henti. Apa yang saya dapat hanyalah tolakan saja,” katanya.

    Perancis, Jerman dan Kanada juga memberikan sokongan apabila India kini mencatatkan 352,991 jangkitan baru dan 2,812 kematian hari ini – yang tertinggi sejak permulaan pandemik.

    Bekalan pertama daripada sembilan kontena pesawat diterbangkan dari United Kingdom, termasuk ventilator dan oksigen, dijangka tiba di India awal hari ini, kata Perdana Menteri Boris Johnson sambil berkata pihaknya akan membantu selagi yang boleh. – AFP

    Gambar dari udara pada 26 April menunjukkan ahli keluarga dan rakan kepada mangsa COVID-19 berkumpul di pusat pembakaran mayat di New Delhi. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Bisnes & IT

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    Berita Berkaitan

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    NEW YORK, 23 NOV - Komitmen yang dicapai pada...

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    TAWAU, 23 NOV - Kementerian Pertahanan merancang menambah kekuatan...

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    NORTH CAROLINA, 23 NOV – Seorang pemandu di barat...

    23 kanak-kanak maut kebuluran

    KAHERAH, 23 NOV — Seramai 23 kanak-kanak maut akibat...

    Terkini