Friday, July 5, 2024
27.2 C
Brunei

    -

    AS cadang peraturan baharu lindungi pekerja yang bekerja dalam suhu tinggi

    WASHINGTON, 2 JULAI – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden hari ini mencadangkan peraturan baharu bertujuan melindungi buruh yang bekerja dalam suhu amat tinggi, ketika gelombang haba yang bertambah buruk disebabkan perubahan iklim menyelubungi negara itu.

    Peraturan itu akan menyasarkan pembawa mel, pekerja penghantaran, binaan, landskap, kakitangan restoran dan lain-lain yang terdedah kepada indeks haba tinggi secara konsisten, yang mengukur bagaimana suhu sebenarnya dirasakan oleh manusia.

    Langkah itu – yang akan melibatkan kira-kira 35 juta pekerja, menurut kerajaan – akan terpakai kepada mereka yang bekerja di dalam atau di luar yang dijangka terdedah kepada indeks haba 80 darjah Fahrenheit (26 Celsius) atau lebih tinggi.

    “Tujuan peraturan ini… adalah untuk mengurangkan dengan ketara jumlah kematian, kecederaan dan penyakit berkaitan pekerja yang dialami oleh pekerja yang terdedah kepada haba yang melampau… hanya kerana melakukan tugas mereka,” beritahu seorang pegawai kanan pentadbiran kepada pemberita.

    Di bawah peraturan itu, majikan akan dikehendaki untuk membangunkan pelan pencegahan kecederaan haba dan penyakit, serta melantik penyelaras keselamatan haba di tempat kerja.

    Sekiranya indeks haba mencecah paras 80 darjah Fahrenheit, pekerja perlu dibekalkan dengan air minuman dan akses ke kawasan rehat di tempat teduh atau di ruang berhawa dingin. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Waktu sarapan McDonald’s Australia dipendekkan

    SYDNEY, 4 JULAI – Rangkaian makanan segera McDonald’s di Australia telah memendekkan waktu perkhidmatan sarapan akibat kekurangan bekalan telur berikutan wabak selesema burung yang...