Tuesday, August 9, 2022
26.8 C
Brunei

AS cadang sidang kemuncak bersemuka dengan ASEAN

-

HANOI, 29 NOV – Amerika Syarikat (AS) dilaporkan merancang menganjurkan sidang kemuncak secara bersemuka antara Presiden Joe Biden dan pemimpin negara anggota ASEAN, di Washington pada Januari 2022.

Agensi berita Vietnam (VNA), memetik sumber ASEAN, AS telah mencadangkan untuk mengadakan sidang kemuncak itu pada minggu ketiga Januari dan sedang berbincang mengenainya dengan anggota ASEAN.

Menjelang sidang kemuncak itu, Setiausaha Negara Antony Blinken dijadual melawat beberapa negara ASEAN termasuk Indonesia dan Thailand, pada Disember.

Sidang kemuncak itu bakal menjadi pertemuan bersemuka pertama antara Biden dan pemimpin ASEAN sejak memegang jawatan pada Januari tahun ini. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -