AS catat 46,321 kes COVID-19 dalam 24 jam

WASHINGTON, 4 OGOS – Amerika Syarikat (AS) catat 46,321 kes COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menurut pengiraan oleh Universiti Johns Hopkins.

Negara ekonomi terbesar di dunia itu juga mencatat 532 kematian, kata institusi yang berpusat di Baltimore itu kelmarin.

AS kini telah mencatatkan 4,711,323 kes, dengan 155,366 kematian, menjadikannya negara yang paling teruk dilanda di dunia.

Presiden Donald Trump mengatakan semasa taklimat media koronavirus kelmarin bahawa virus itu menurun di beberapa bahagian di selatan dan barat Amerika Syarikat, yang menganggap keadaan semakin reda.

Tetapi sehari sebelum itu, penasihat koronavirus Rumah Putih, Deborah Birx telah memberi amaran bahawa ne-gara itu memasuki ‘fasa baharu’ wabak itu, dengan kawasan luar bandar sama terancam seperti bandar-bandar besar.

“Penularan wabak ini sangat meluas,” katanya kepada CNN pada hari Ahad.

“Untuk semua orang yang tinggal di kawasan luar bandar, anda tidak kebal atau di-lindungi dari virus ini.”

Lebih daripada 18 juta orang di seluruh dunia telah dijangkiti COVID-19 sejak penyakit itu pertama kali muncul di China akhir tahun lalu. Sekitar 680,000 telah meninggal dunia. – AFP