Saturday, November 9, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS catat sejuta pemindahan organ

    WASHINGTON, 11 SEPT – Amerika Syarikat mencatat pemindahan organ ke-1,000,000 pada Jumaat, satu peristiwa bersejarah yang datang pada masa kritikal untuk warga AS yang terdesak menunggu untuk peluang hidup.

    Ia mengambil masa beberapa dekad dari kejayaan pertama – pemindahan buah pinggang pada 1954 – kepada pemindahan satu juta organ, dan pegawai tidak dapat mendedahkan sama ada pemindahan terbaharu juga buah pinggang atau organ lain.

    Di AS, lebih daripada 400,000 penduduk hidup dengan organ yang diderma menerusi pemindahan. Untuk nyawa yang diselamatkan setiap tahun, lebih 105,000 orang berada dalam senarai negara yang masih menunggu buah pinggang, hati, jantung atau organ lain, dan kira-kira 17 mati sehari menunggu pemindahan. – AS

    Peralatan pembedahan digunakan semasa pemindahan organ di sebuah hospital di Washington. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda