Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS, China berunding lagi pada September

    BEIJING, 31 JULAI – Perunding perniagaan Amerika Syarikat (AS) dan China bersetuju untuk bertemu sekali lagi di AS pada September selepas mengadakan rundingan ‘efisien dan positif’ di Shanghai hari ini, kata media negara.

    Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin dan Wakil Perniagaan AS Robert Lighthizer bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Li He di hab kewangan China untuk rundingan pertama sejak diumumkan berakhirnya perang perniagaan pada bulan lalu.

    “Kedua-dua pihak mengadakan rundingan terus-terang dan positif mengenai isu kepentingan bersama dalam bidang ekonomi dan perniagaan,” menurut agensi berita Xinhua. Rundingan juga membincang ‘isu China menambah pembelian produk pertanian AS mengikut keperluan domestiknya’ dan AS mewujudkan ‘keadaan sesuai untuk pembelian berkenaan,’ kata Xinhua. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda