Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS, China capai rangka kerja persetujuan mengenai pemilikan TikTok

    MADRID, 16 SEPT – Amerika Syarikat (AS) dan China mengumumkan rangka kerja perjanjian kelmarin untuk menyelesaikan pertikaian mereka mengenai TikTok yang memerlukan aplikasi milik China itu beralih kepada pemilik yang dikawal AS.

    Dalam catatan media sosial, Presiden AS, Donald Trump berkata perjanjian telah dicapai dengan syarikat tertentu yang ingin diselamatkan oleh golongan muda di negara kami. Mereka akan berasa amat gembira!”

    Trump menambah di rangkaian Truth Social bahawa beliau akan bercakap dengan Presiden China, Xi Jinping pada Jumaat.

    Seorang pegawai kanan China berkata, “Kedua-dua pihak mencapai rangka kerja persetujuan untuk menyelesaikan isu berkaitan TikTok melalui kerjasama, mengurangkan sekatan pelaburan dan menggalakkan kerjasama ekonomi serta perdagangan yang berkaitan.”

    “China dengan tegas akan melindungi kepentingan negara, hak sah dan kepentingan perusahaan China,” kata Timbalan Menteri Perdagangan China, Li Chenggang.

    Perjanjian itu dibuat selepas rundingan hari kedua antara Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent dan Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng di Madrid, yang juga termasuk perbincangan mengenai pertikaian perdagangan AS-China yang lebih meluas.

    Bessent mengesahkan perjanjian rangka kerja itu, tetapi enggan memberikan butiran lanjut, dengan mengatakan Trump dan Xi akan bercakap pada hari Jumaat untuk ‘memuktamadkan’ perjanjian itu. – AFP

    Gambar fail bertarikh 4 April 2025 menunjukkan ibu pejabat TikTok China di Los Angeles di Culver City, California. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda