WASHINGTON, 1 SEPT – Amerika Syarikat (AS) dan China mula mengenakan tarif tambahan terbaharu mereka ke atas barangan masing-masing hari ini, yang berpotensi meningkatkan harga bayaran warga Amerika bagi beberapa pakaian, kasut, barangan sukan dan item pengguna lain menjelang musim cuti beli-belah.
AS mengenakan cukai 15 peratus kepada kira-kira AS$112 bilion barangan import China dengan lebih dua pertiga daripada barangan pengguna yang AS import dari China kini berdepan cukai tinggi. Pentadbiran berkenaan secara meluasnya mengelak mengenakan cukai ke atas item-item pengguna semasa pusingan awal kenaikan tarif.
Namun dengan harga barangan runcit kini kebanyakan semakin tinggi, langkah pentadbiran Trump telah mengancam pendorong utama ekonomi AS: perbelanjaan pengguna.
Ketika perniagaan mengurangkan perbelanjaan pelaburan dan memperlahankan eksport ekoran pertumbuhan lembap global, para pembeli-belah Amerika menjadi peluang cerah bagi ekonomi.
Akibat tarif tinggi Trump, banyak syarikat-syarikat AS telah memberi amaran yang mereka terpaksa untuk memberikan harga tinggi kepada pelanggan yang mereka akan bayar ke atas import-import dari China.
Beberapa perniagaan mungkin memutuskan untuk menyerap kos tinggi daripada menaikkan harga kepada para pelanggan mereka.
Di China, pihak berkuasa mula mengenakan duti tinggi ke atas import-import Amerika pada tengah hari ini, menurut kakitangan yang menjawab telefon di pejabat-pejabat kastam di Beijing dan selatan pelabuhan Guangzhou.
Tarif sebanyak 10 peratus dan 5 peratus dikenakan ke atas barangan seperti jagung sejuk beku, tayar basikal, marmar dan lainnya, umum kerajaan sebelumnya.
Selepas kenaikan tarif hari ini, 87 peratus dikenakan ke atas tekstil dan pakaian AS beli dari China dan 52 peratus kasut-kasut akan tertakluk kepada cukai import. – AP
