AS diserang!

NEW YORK, 2001 – Dua buah kapal terbang melanggar Pusat Dagangan Dunia New York dalam kejadian yang angkara seranggan pengganas ketika letupan turut menggegarkan Pentagon di Washington ketika mereka dalam Rumah Putih dan Jabatan Negara diarahkan meninggalkan kedua-dua bangunan itu serta-merta.

Presiden AS (ketika itu) George W. Bush yang melawat Florida, menyatakan “bukti nyata serangan penggganas” ketika media melaporkan sekurang-kurangnya enam orang mati dan kira-kira 1,000 orang cedera di New York sejurus sebelum tiba-tiba salah sebuah daripada menara berkembar 110 tingkat runtuh dengan kepulan asap menjulang dan runtuhan konkrit berterbangan.

Di Washington, dua letupan menggegarkan Pentagon (Jabatan Pertahanan AS) dan asap berkepul-kepul dari sisi bangunan, kata para saksi.

“Saya dengar dua letupan boom kuat – satu besar, satu kecil,” kata wartawan akhbar Stars and Stripes, Lisa Burgess.

Jabatan Negara dan Rumah Putih dikosongkan dan Bush dilaporkan bertolak balik dengan segera dari Florida.

Bush berkata beliau “mengarahkan semua sumber dari kerajaan persekutuan untuk membantu mangsa dan keluarga mereka dan menjalankan siasatan besar-besaran bagi menjejak dan mencari mereka yang bertanggungjawab melakukan serangan ini.”

“Keganasan terhadap negara kita tidak akan dibiarkan,” kata Bush.

“Hari ini kita mengalami tragedi negara. Dua buah kapal terbang melanggar Pusat Dagangan Dunia dalam petunjuk nyata serangan pengganas ke atas negara kita. Saya sudah bercakap dengan Naib Presiden, dengan Gabenor New York hingga kepada Pengarah FBI,” katanya.

US Capitol yang menempatkan Senat dan Dewan Perwakilan juga dikosongkan ketika laporan menyatakan berlaku kebakaran di Washington Mall. Jabatan Perbendaharaan dan Bank Dunia juga dikosongkan.

Di New York, kapal terbang pertama melanggar Pusat Dagangan Dunia kira-kira pukul 8:48, kata para saksi.