WASHINGTON, 11 Jan – Pesuruhjaya Perniagaan Kesatuan Eropah (EU) Cecilia Malmstroem dijangka bertemu pegawai Amerika Syarikat (AS) sekali lagi semalam tatkala mereka berusaha untuk menyelesaikan perbalahan perniagaan, yang mengakibat pertukaran tarif bernilai berbilion dolar pada tahun lalu.
Selepas rundingan hari pertama pada Rabu, Malmstroem memberitahu wartawan bahawa Kesatuan Eropah tetap tidak berganjak dalam keengganan mereka untuk memasukkan pertanian dalam rundingan walaupun Eropah telah menambah pembelian komoditi AS.
“Seperti yang dilihat dalam perkembangan terbaru dan angka yang membabitkan Gas Asli Cair dan kacang soya, kami telah membuktikannya,” kata jurucakap Suruhanjaya Eropah semalam dalam satu e-mel.
Malmstroem berkata Suruhanjaya Eropah sedang mengemukakan mandat rundingan untuk mencapai satu perjanjian dengan Amerika Syarikat untuk menghapuskan tarif ke atas barangan industri.
Pemimpin Eropah pada tahun lalu berasa marah selepas Presiden AS Donald Trump mengenakan tarif ke atas import keluli dan aluminium. – AFP