Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS failkan saman terhadap Google

    WASHINGTON, 21 OKT – Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman antipesaingan terhadap Google kerana secara tidak sah ‘mengekalkan monopoli dalam perkhidmatan pasaran carian dan carian iklan’ kelmarin, lapor agensi berita Xinhua.

    Saman terhadap syarikat yang beribu pejabat di California itu difailkan di Mahkamah Daerah Columbia. Seramai tujuh pendakwa raya negeri menyertai jabatan itu sebagai plaintif kes berkenaan.

    Sebagai sebuah syarikat terkaya di planet ini dengan nilai pasaran sebanyak AS$1 trilion, Google dimiliki AlphabetInc., menjadi pengawal gerbang monopoli kepada internet untuk berbilion pengguna dan terlalu banyak pengiklan seluruh dunia, menurut jabatan itu. Sejak bertahun-tahun, Google menguasai hampir 90 peratus carian di Amerika dan ‘menggunakan taktik antipersaingan untuk mengekal dan mengukuhkan monopolinya dalam aplikasi carian dan carian iklan’.

    Pengadu mendakwa Google secara tidak sah mengekalkan monopoli dalam aplikasi carian dan carian iklan dengan menandatangani perjanjian eksklusif melarang penyediaan perkhidmatan carian sudah sedia dimuat turun lain dan membuat perjanjian jangka panjang dengan Apple supaya menjadikan Google sebagai aplikasi asal. Menurut jabatan itu, gergasi teknologi itu mewujudkan kitaran monopoli kendiri dan berterusan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda