Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    AS, Filipina bakal kendali latihan perang terbesar

    MANILA, 22 MAC – Filipina dan Amerika Syarikat (AS) akan memulakan latihan tentera bersama terbesar di negara kepulauan itu minggu depan, pegawai-pegawai AS berkata hari ini, menunjukkan hubungan pertahanan kukuh mereka dalam berdepan desakan China yang meninggkat.

    Hampir 9,000 tentera Filipina dan AS akan menyertai latihan perang 12 hari itu di pulau utama Luzon itu, yang biasanya merupakan latihan tahunan tetapi dibatalkan atau dikekang semasa pandemik.

    Latihan-latihan berkenaan, yang bermula 28 Mac, antara lain akan meliputi keselamatan maritim, latihan tembakan peluru hidup, anti pengganasan dan bantuan kemanusiaan
    dan bencana, kedutaan AS berkata dalam satu kenyataan.

    “(Kedua-dua pihak) akan berlatih bersama untuk meluaskan dan mengembangkan taktik, teknik dan prosedur bersama yang mengukuhkan keupayaan tindak balas dan kesiapsiagaan bagi cabaran dunia sebenar,” kata Mejar Jeneral Jay Bargeron, komander
    Divisyen Marin ke-3 AS.

    Latihan-latihan kebelakangan antara sekutu lama itu telah memfokuskan terhadap potensi konflik di Laut China Selatan, yang dituntut Beijing secara keseluruhannya. – AFP

    Gambar fail bertarikh 10 April 2019 menunjukkan anggota Tentera AS berdiri di samping kenderaan perang berperisai Stryker selepas menyertai latihan sebagai sebahagian daripada latihan tentera bersama tahunan AS-Filipina di Crow Valley, Capas, wilayah Tarlac. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...