WASHINGTON/MANILA, 2 MEI – Amerika Syarikat (AS) dan Filipina akan menjadi tuan rumah bersama Forum Perniagaan Indo-Pasifik 2024 di Manila, menurut satu kenyataan bersama.
Ia sekali gus menjadikan Filipina sebagai hab utama bagi rantaian bekalan serantau dan pelaburan berkualiti tinggi, lapor Sputnik.
Menurut kenyataan itu kedua-dua negara juga akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan daripada pelbagai sektor berhubung peluang untuk meningkatkan penglibatan ekonomi dua hala dengan tumpuan untuk membangunkan rantaian bekalan yang berdaya tahan.
Presiden Filipina, Ferdinand Marcos yang kini dalam lawatan ke Washington berkata Manila menentang provokasi ketenteraan dan tidak akan bertukar menjadi “destinasi” untuk kempen ketenteraan mana-mana negara. – Bernama