AS gantung perkhidmatan visa di Turki

ISTANBUL, 23 OKT – Amerika Syarikat (AS) berkata hari ini ia telah memutuskan untuk menggantung perkhidmatan visa di pejabat konsulnya di Turki selepas ia menerima ‘laporan mengenai kemungkinan berlaku serangan pengganas.’

Kedutaan di Ankara berkata dalam satu kenyataan di laman webnya bahawa perkhidmatan konsul akan digantung di kedutaan serta pejabat konsul di Istanbul, bandar selatan Adana dan bandar pantai Aegean Izmir.

Ia berkata ia ‘telah menerima laporan mengenai kemungkinan serangan pengganas dan penculikan ke atas rakyat AS dan warga asing di Istanbul, termasuk ketua duta AS, serta lokasi lain di Turki.”

Ia menasihati rakyat AS ‘supaya mengamalkan langkah berjaga-jaga di lokasi di mana warga Amerika atau warga asing mungkin berkumpul, termasuk bangunan pejabat besar atau gedung membeli-belah.’

Pada tahun 2013, seorang pengebom nekad meletup dirinya di kedutaan di Ankara, membunuh dirinya dan seorang pengawal keselamatan Turki. Kumpulan radikal mendakwa melakukan serangan itu.

Turki telah dibelenggu beberapa siri serangan pada 2015 dan 2016 oleh beberapa kumpulan termasuk kumpulan Islamic State. – AFP