Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS gesa pihak bertelagah di Yaman patuhi genjatan senjata sementara

    SANAA, 3 APRIL – Amerika Syarikat (AS) menggesa pihak yang bertelagah di Yaman mematuhi sepenuhnya genjatan senjata sementara yang ditaja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

    “AS menyambut baik pengumuman PBB mengenai genjatan senjata selama dua bulan itu dan persetujuan pihak yang bertelagah terhadap syaratnya,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Setiausaha Negara Antony Blinken.

    Beliau berharap perdamaian sementara itu, andai dilaksanakan sepenuhnya, dapat menghentikan pertempuran dan serangan sekurang-kurangnya 60 hari sekali gus memudahkan penyerahan bantuan yang sangat diperlukan kepada berjuta-juta rakyat Yaman ketika Ramadan. – Bernama

    Antony Blinken berharap perdamaian sementara itu dapat menghentikan pertempuran dan serangan sekurang-kurangnya 60 hari sekali gus memudahkan penyerahan bantuan yang sangat diperlukan kepada berjuta-juta rakyat Yaman ketika Ramadan.- AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda