Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    AS gesa rakyat dapatkan suntikan penggalak COVID

    WASHINGTON, 1 SEPT – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berharap suntikan penggalak COVID sebagai satu rutin seperti menjalani suntikan selesema tahunan. Hasrat itu merupakan kempen dalam meningkatkan kadar populasi AS menerima suntikan virus secara meluas sejak perolehan vaksin COVID pada musim gugur lalu.

    Vaksin yang dikemas kini direka khusus oleh Pfizer dan Moderna dalam bertindak balas terhadap varian Omicron. Kerajaan AS telah membeli sejumlah 170 juta dos dan menekankan bahawa semua orang akan mendapat akses secara percuma.

    Penyelaras COVID Rumah Putih, Dr. Ashish Jha berkata program terbaharu suntikan ini akan menawarkan perlindungan semasa musim selesema, dengan harapan dapat menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan vaksin setiap tahun.

    Kongres belum meluluskan permintaan AS$22.5 bilion Presiden Joe Biden awal tahun ini untuk respons COVID. Sebaliknya, permintaan itu dikritik, merujuk kepada AS$1.9 trilion peruntukan bertindak balas terhadap wabak itu. Kerana kekurangan dana, kerajaan mengumumkan akan menghentikan penghantaran ujian COVID-19 ke rumah orang ramai. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...