Wednesday, November 6, 2024
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS gesa Rusia buka pelabuhan Ukraine eksport bijirin

    NEW YORK, 17 JUN – Setiausaha Pertanian Amerika Syarikat (AS), Tom Vilsack, kelmarin menggesa Rusia untuk membuka pelabuhan Ukraine dengan segera bagi membenarkan pengeksportan stok simpanan jutaan tan bijirin.

    “Mereka harus bertindak segera untuk membuka pelabuhan tersebut dan mereka harus menamatkan perang ini,” kata Vilsack kepada pemberita di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

    PBB mengadakan perbincangan antara Moscow, Kyiv dan Ankara selama beberapa minggu mengenai cara membuka Laut Hitam, yang mana tentera laut Rusia membuat sekatan di sekitar Ukraine ke atas kapal kargo komersial yang membawa bijirin ke pasaran global. Perjanjian sedemikian juga akan membenarkan baja Rusia yang kini berdepan sekatan kembali ke pasaran global.

    Dengan harga bijirin melonjak di peringkat antarabangsa dan pengimport utama di Asia Barat dan Afrika menghadapi kekurangan bekalan, Moscow menuntut supaya sekatan ekonomi ke atasnya ditarik balik sebagai pertukaran untuk membenarkan eksport.

    Vilsack menambah, sekatan AS dan Eropah tidak dikenakan kepada bijirin dan baja.

    Menangani rundingan berterusan mengenai isu itu, Vilsack berkata, beliau berharap Rusia akan “mengambil serius perkara ini dan tidak hanya melakukannya untuk mencipta imej.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda