Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS gesa UNSC sokong rancangan gencatan senjata di Gaza

    NEW YORK, 4 JUN – Amerika Syarikat (AS) menggesa Majlis Keselamatan PBB kelmarin menyokong rancangan tiga fasa yang diumumkan oleh Presiden AS, Joe Biden bertujuan menamatkan perang hampir lapan bulan di Gaza, membebaskan semua tebusan dan menghantar bantuan besar-besaran ke wilayah yang musnah.

    Duta AS, Linda Thomas-Greenfield berkata, Amerika Syarikat mengedarkan draf resolusi kepada 14 anggota majlis lain untuk menyokong cadangan menamatkan konflik itu.

    “Banyak pemimpin dan kerajaan, termasuk di rantau ini, telah mengesahkan rancangan ini dan kami menyeru Majlis Keselamatan untuk menyertai mereka dalam menyeru pelaksanaan perjanjian ini tanpa berlengah-lengah dan tanpa syarat lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

    Draf resolusi ringkas, yang diperoleh oleh The Associated Press, akan mengalu-alukan perjanjian 31 Mei yang diumumkan oleh Biden dan menyeru Hamas “untuk menerimanya sepenuhnya dan melaksanakan termanya tanpa berlengah-lengah dan tanpa syarat.” Hamas berkata ia melihat cadangan itu secara positif.

    Ia tidak menyebut tentang penerimaan Israel terhadap perjanjian itu.

    Apabila Biden membuat pengumuman itu, dia menyebutnya tawaran Israel yang merangkumi ‘gencatan senjata berkekalan’ dan pengunduran Israel dari Gaza jika Hamas membebaskan semua tebusan yang dipegangnya.

    Perdana Menteri Zionis Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu rakan tadbir garis kerasnya semalam cadangan yang diumumkan oleh Biden akan memenuhi matlamat Israel untuk memusnahkan Hamas, menurut media tempatan.

    Ultranasionalis Israel itu telah mengancam untuk menjatuhkan kerajaannya jika Netanyahu bersetuju dengan perjanjian yang tidak menghapuskan Hamas.

    Netanyahu memberitahu Jawatankuasa Hal Ehwal Luar dan Pertahanan parlimen kelmarin bahawa Biden memberikan garis besar perjanjian itu tetapi tidak semua butiran, dan dia berkata terdapat ‘jurang’. – AP

    Mesyuarat Majlis Keselamatan mengenai perang di Gaza di ibu pejabat PBB yang diadakan pada 29 Mei 2024. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda