Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS hantar bantuan AS$100 juta ke India

    WASHINGTON, 29 APRIL – Amerika Syarikat (AS) berkata semalam ia akan menghantar bekalan bernilai lebih AS$100 juta kepada India, termasuk hampir satu juta ujian segera COVID-19 dalam penerbangan pertama.

    Rumah Putih berkata penerbangan pertama akan tiba hari ini di New Delhi dengan pesawat tentera, beberapa hari selepas Presiden Joe Biden berjanji akan menambah bantuan kepada sekutu AS itu.

    Hantaran pertama termasuk 960,000 ujian pantas, yang boleh mengesan COVID-19 dalam 15 minit, dan 100,000 penutup mulut dan hidung N95 untuk pekerja kesihatan barisan depan, kata Agensi Pembangunan Antarabangsa AS.

    Rumah Putih berkata jumlah bantuan yang dihantar pada hari-hari akan datang akan bernilai lebih daripada AS$100 juta dan termasuk 1,000 silinder oksigen yang boleh diisi semula serta 1,700 pemampat yang menghasilkan oksigen daripada udara untuk pesakit.

    “Tatkala India menghantar bantuan kepada AS apabila hospital kami dibebani pada awal pandemik, AS bertekad untuk membantu India apabila mereka memerlukan bantuan,” menurut kenyataan Rumah Putih.

    Rumah Putih berkata ia juga menghantar bekalan kepada India untuk menghasilkan lebih 20 juta dos vaksin. – AFP

    Presiden JoeBiden menyampaikan ucapan pada sesi Kongres sambil diperhatikan oleh KamalaHarris (kiri) dan Speaker NancyPelosi di Capitol AS di Washington pada 28 April 2021. AS berkata semalam ia akan menghantar bekalan bernilai lebih AS$100 juta kepada India – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda