Sunday, March 16, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS hantar senjata canggih ke Ukraine

    KYIV, UKRAINE, 1 JUN – Presiden Joe Biden berkata, Amerika Syarikat akan menghantar sistem roket yang lebih canggih ke Ukraine, ketika tentera Rusia mendesak usaha ganas mereka untuk melengkapkan penawanan bandar utama di timur.

    Pertempuran untuk Severodonetsk semakin sengit sejak beberapa hari kebelakangan ini, dengan kematian besar di kedua-dua pihak Ukraine dan Rusia.

    Salah satu hab perindustrian di laluan Rusia untuk mengambil wilayah Lugansk timur, Severodonetsk telah menjadi sasaran senjata besar Rusia sejak percubaan gagal menawan Kyiv.

    Rusia kini menguasai kebanyakan bandar yang musnah, menurut laporan pihak berkuasa serantau.

    Berikutan itu, Biden telah mengesahkan bahawa kini lebih banyak senjata AS dihantar, sedang dalam perjalanan sebagai dorongan untuk membantu tentera Ukraine.

    Seorang pegawai AS memberitahu pemberita bahawa senjata yang dihantar adalah Himars, atau Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi, yang mempunyai peluru berpandu berketepatan dan jarak yang lebih jauh daripada yang digunakan oleh Ukraine pada masa ini.

    Himars adalah salah satu senjata utama yang termasuk dalam pakej penghantaran senjata yang berjumlah AS$700 juta yang merangkumi radar pengawasan udara, lebih banyak roket anti-kereta kebal Javelin, peluru artileri, helikopter, kenderaan dan alat ganti, menurut kenyataan seorang pegawai. – AFP

    Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi M142 (HIMARS) yang lebih canggih akan dihantar ke Ukraine. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda