LOS ANGELES, 31 Julai – Honolulu, ibu kota negeri Amerika Syarikat, Hawaii, telah meluluskan undang-undang untuk mengharamkan pejalan kaki daripada menggunakan telefon bimbit atau menggunakan peranti digital lain ketika melintas jalan raya, media AS melaporkan.
Langkah ini akan berkuatkuasa pada bulan Oktober dan bertujuan untuk mengurangkan kecederaan dan kematian yang disebabkan oleh ‘perjalanan yang terganggu,’ menurut laporan pada hari Sabtu.
Menurut undang-undang, orang yang menggunakan peranti mereka, termasuk komputer riba dan kamera digital, akan didenda AS$15 hingga AS$35 dolar untuk kali pertama dan sehingga AS$99 bagi kesalahan yang berulang kali.
Panggilan segera untuk perkhidmatan kecemasan dikecualikan daripada larangan tersebut. Undang-undang baru itu mendapat tentangan daripada sesetengah pihak, yang menuduh kerajaan melampaui batas. – Xinhua