Saturday, September 28, 2024
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS haramkan perisian antivirus Kaspersky

    WASHINGTON, 21 JUN – Amerika Syarikat (AS) akan mengharamkan penjualan perisian antivirus yang dibuat oleh syarikat keselamatan siber yang berpangkalan di Moscow, Kaspersky, lapor agensi berita Jerman, dpa.

    Jabatan Perdagangan AS dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa operasi Kaspersky di negara itu menimbulkan risiko keselamatan negara ‘disebabkan oleh keupayaan serangan siber kerajaan Rusia dan keupayaan untuk mempengaruhi atau mengarahkan operasi Kaspersky’.

    “Kaspersky pada umumnya tidak lagi dibenarkan, antara lain menjual perisiannya di AS atau menyediakan kemas kini kepada perisian yang sudah digunakan,” katanya semalam.

    Jabatan itu menasihatkan pengguna perisian antivirus Kaspersky yang dipasang secara meluas agar mencari alternatif berikutan potensi risiko.

    “Rusia telah berulang kali menunjukkan bahawa mereka mempunyai keupayaan dan niat untuk mengeksploitasi syarikat Rusia seperti Kaspersky Lab, untuk mengumpul dan menjadikan maklumat sensitif AS sebagai senjata, dan kami akan terus menggunakan setiap alat yang ada untuk melindungi keselamatan negara AS dan rakyat Amerika,” kata Setiausaha Perdagangan, Gina Raimondo.

    Penjualan perisian Kaspersky di AS akan dilarang mulai 20 Julai, manakala kemas kini perisian akan tersedia untuk pengguna sedia ada sehingga 29 September. Perisian Kaspersky direka untuk melindungi pengguna daripada trojan, perisian pengintip dan ancaman siber lain. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda