Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    AS harap perkukuh kerjasama dengan M’sia

    WASHINGTON, 25 NOV – Amerika Syarikat (AS) berharap untuk mengeratkan lagi persahabatan dan kerjasama dengan Malaysia berdasarkan prinsip demokrasi yang dikongsi serta menghormati hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang di bawah kepimpinan Perdana Menteri yang baru dilantik, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Setiausaha Negara AS, Antony J. Blinken yang mengucapkan tahniah kepada Anwar dan rakyat Malaysia berkata Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan berjuta-juta rakyat Malaysia telah mengundi, kebanyakan mengundi buat kali pertama, menjadikan pilihan raya itu sebagai lambang kuasa demokrasi.

    “AS dan Malaysia sudah menjalin hubungan yang kukuh – perkongsian komprehensif – berakar umbi dalam hubungan ekonomi, keselamatan dan rakyat dengan rakyat. 

    “Kami komited bekerjasama dengan Malaysia untuk memajukan rantau Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka, makmur, selamat dan berdaya tahan,” katanya dalam satu kenyataan.

    Sementara itu menerusi Twitter, jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price berkata Washington berharap untuk memajukan matlamat bersama demi masa depan yang bebas dan terbuka, makmur, selamat serta berdaya tahan.

    “Kami mengucapkan tahniah kepada Malaysia atas kejayaan pilihan raya umum,” kata beliau. – Bernama

    Antony Blinken semasa mengadakan sidang media di ibu negara Doha pada 22 November 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...