Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    AS henti pengeluaran syiling satu sen selepas 232 tahun dalam edaran

    NEW YORK, 13 NOV – Kilang Syiling Amerika Syarikat (US Mint) kelmarin menamatkan pengeluaran syiling satu sen atau ‘penny’ yang beredar selama lebih dua abad.
     
    Dalam satu acara rasmi di Kilang Syiling Philadelphia, Bendahari AS, Brandon Beach menempa syiling satu sen terakhir bagi menandakan berakhirnya secara rasmi pengeluaran penny selepas 232 tahun.
     
    “Hari ini US Mint meraikan 232 tahun pengeluaran penny,” kata Pemangku Pengarah Mint Kristie McNally. 
     
    “Walaupun pengeluaran umum berakhir hari ini, legasi penny akan terus hidup. Seiring perubahan penggunaannya dalam perdagangan, kepentingannya dalam sejarah Amerika akan terus kekal.”
     
    Kos pengeluaran yang semakin meningkat dan tabiat pengguna yang berubah menjadikan pengeluaran penny tidak lagi mampan, apabila kos menghasilkan setiap syiling meningkat daripada 1.42 sen sedekad lalu kepada 3.69 sen, menurut US Mint.
     
    Awal tahun ini, Presiden AS Donald Trump mengarahkan Jabatan Perbendaharaan untuk menghentikan apa yang beliau sebut sebagai pengeluaran penny yang ‘membazir’.
     
    Penggantungan pengeluaran penny dijangka menjimatkan kira-kira AS$56 juta setahun, kata Beach.
     
    Penny pertama kali dikeluarkan pada 1793, setahun selepas ia diluluskan melalui Akta Syiling. Walaupun pengeluaran untuk edaran dihentikan, penny masih sah digunakan sebagai wang tunai. 
     
    Dianggarkan terdapat 300 bilion penny dalam edaran, “jauh melebihi jumlah yang diperlukan untuk perdagangan,” menurut US Mint. – Bernama 
     
    Kilang syiling AS menamatkan pengeluaran syiling satu sen yang beredar selama lebih dua abad. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    ‘Penempatan pengawal kebangsaan di Washington oleh Trump tidak sah’

    WASHINGTON, 21 NOV – Seorang hakim persekutuan kelmarin memutuskan...

    Arab Saudi minta AS cuba akhiri konflik Sudan – Trump

    WASHINGTON, 20 NOV - Presiden Donald Trump kelmarin berkata...

    Arab Saudi diiktiraf sebagai sekutu utama bukan NATO AS

    WASHINGTON, 19 NOV – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald...

    Arab Saudi akan labur AS$1 trilion di AS

    WASHINGTON, 19 NOV - Putera Mahkota Mohammed bin Salman...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...