MOSCOW, 12 MEI – Kedutaan AS di Moscow hari ini menghentikan perkhidmatan konsular kepada warganegara dan berhenti mengeluarkan visa kerana pengurangan kakitangannya secara drastik berikutan sekatan.
Dalam satu kenyataan yang dipaparkan sebelumnya di laman webnya, kedutaan mengatakan dari 12 Mei akan berhenti menawarkan perkhidmatan rutin kepada warga AS termasuk pembaharuan pasport dan hanya memproses permohonan visa baharu yang dalam ‘keadaan darurat’.
Rusia awal tahun ini melarang misi diplomatik AS menggaji orang bukan Amerika, memaksa kedutaan untuk mengurangkan ‘tenaga kerja konsularnya sebanyak 75 peratus’. – AFP